Syarat Refinance Rumah di Malaysia (Layak atau Tidak?) [2026]
Apa Syarat Refinance Rumah?
Sebelum refinance, ramai tertanya:
“Saya layak atau tidak?”
Secara umum, bank akan melihat beberapa faktor utama:
👉 pendapatan, komitmen, rekod kewangan dan nilai rumah
5 Syarat Utama Refinance Rumah
1. Rekod Kewangan (CCRIS & CTOS)
Ini antara faktor paling penting.
Bank akan semak:
- Sejarah bayaran loan
- Tunggakan (jika ada)
- Komitmen sedia ada
Jika rekod baik:
✔ Peluang lulus lebih tinggi
2. Nisbah Hutang (Debt Service Ratio – DSR)
DSR ialah..
Peratus pendapatan yang digunakan untuk bayar hutang
Contoh:
- Gaji: RM6000
- Komitmen: RM3000
- DSR: 50%
Jika terlalu tinggi:
❌ Bank mungkin tidak luluskan
3. Nilai Semasa Rumah
Bank akan lihat:
- Nilai pasaran semasa
- Baki loan sedia ada
Jika nilai rumah meningkat:
✔ Peluang refinance lebih baik
✔ Mungkin boleh keluarkan lebihan tunai
4. Tempoh Loan
Biasanya refinance lebih sesuai jika:
- Loan sudah berjalan beberapa tahun
- Bukan loan yang baru diambil
5. Pendapatan Stabil
Bank akan nilai..
- Pekerjaan
- Kestabilan income
Pendapatan yang konsisten meningkatkan peluang kelulusan.

Baca Lagi : Berapa Lama Proses Refinance Rumah Di Malaysia
Siapa Yang Mungkin Tidak Layak?
Refinance mungkin sukar jika:
- Banyak tunggakan loan
- CCRIS bermasalah
- DSR terlalu tinggi
- Nilai rumah tidak mencukupi
Tetapi… Ini Yang Ramai Tak Tahu
Ramai orang fikir:
“Kalau tak layak, terus tak boleh refinance.”
Sebenarnya:
✔ masih ada cara untuk susun semula kewangan terlebih dahulu
✔ kemudian barulah cuba refinance
Contoh Situasi :
- Gaji: RM7000
- Loan rumah: RM2000
- Hutang lain: RM2000
Jumlah Komitmen :
- RM4,000
Dalam situasi ini:
👉 DSR agak tinggi
👉 perlu strategi sebelum refinance
Cara Tingkatkan Kelayakan Refinance
Jika anda ingin meningkatkan peluang:
✔ kurangkan hutang jangka pendek
✔ pastikan bayaran loan konsisten
✔ elakkan tunggakan
✔ susun semula komitmen
Oleh demikian, Kelayakan refinance bukan hanya tentang:
- Gaji Tinggi
Tetapi ia juga melibatkan..
- struktur kewangan yang sihat
Jika anda tidak pasti:
👉 “Layak atau tidak untuk refinance?”
Zaya Financial membantu pemilik rumah memahami kelayakan mereka dan melihat pilihan yang ada dengan lebih jelas. Nak kami bantu Refinance Rumah? KLIK SINI untuk Whstapp
