|

Cara Elak Akaun Bank Dibekukan Bila Meninggal (Panduan Waris)

Cara Elak Akaun Bank Dibekukan Bila Meninggal Dunia (Panduan Lengkap Waris)

Bila berlakunya kematian dalam keluarga, ramai yang menyangka isteri atau anak-anak boleh terus mengeluarkan duit simpanan arwah suami di bank menggunakan kad ATM untuk kegunaan harian.

Namun..  hakikatnya tidaklah sesenang itu tuan puan...

Apabila kematian dimaklumkan secara rasmi atau dikesan melalui integrasi sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semua akaun bank dan akaun simpanan peribadi si mati akan DIBEKUKAN serta-merta. Diulangi.. Serta Merta..

Keadaan inilah yang sering menyebabkan waris si mati terutamanya isteri dan anak-anak mula terkapai-kapai kerana terputus bekalan tunai harian (cashflow crisis).

Kenapa Bank Bekukan Akaun Selepas Kematian? Ini yang korang perlu tahu..

Tindakan bank membekukan akaun bukannya untuk menyusahkan waris, tetapi atas sebab undang-undang:

  • Perlindungan Harta Pusaka: Mengelakkan berlakunya pengeluaran wang secara haram oleh pihak yang tidak berhak sebelum pembahagian mengikut Faraid atau Wasiat.
  • Prosedur Undang-Undang: Semua wang simpanan si mati secara automatik bertukar menjadi Harta Pusaka dan tertakluk di bawah pengurusan Akta Prosedur Kewangan dan Akta Wasiat/Faraid.

Proses tuntutan harta pusaka melalui Pejabat Pesaka Kecil atau Mahkamah Tinggi selalunya mengambil masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun bergantung kepada kerumitan dokumen dan kesepakatan waris. Persoalannya..?

Boleh Ke Elak Akaun Bank Dibekukan?

Jawapan ringkasnya: Akaun simpanan atas nama peribadi memang TIDAK BOLEH dielakkan daripada dibekukan.

Namun, apa yang boleh perancang kewangan atau ketua keluarga lakukan adalah menyediakan “Pintu Belakang” (Alternative Cashflow) supaya waris menerima wang tunai serta-merta tanpa perlu bergantung kepada akaun terbeku tersebut.

Berikut adalah 3 langkah strategi untuk memastikan aliran tunai keluarga tidak terputus:

Cara Elak Akaun Bank Dibekukan Bila Meninggal - 03

1. Menyediakan Instrumen Hibah Takaful (Paling Pantas & Selamat)

Hibah Takaful adalah instrumen Pemberian Hadiah yang tidak dikategorikan sebagai Harta Pusaka.

  • Tidak Dibekukan: Pampasan Hibah terus dibayar kepada penama yang dilantik tanpa perlu melalui proses Faraid atau surat kuasa mahkamah.
  • Kecairan Tinggi: Duit pampasan biasanya dikreditkan ke akaun isteri/waris dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen kematian lengkap.
  • Bebas Tuntutan Hutang: Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), pampasan Hibah adalah hak mutlak penama dan tidak boleh dituntut oleh pemutang si mati.

2. Mewujudkan Akaun Bersama (Joint Account) Dengan Syarat “Survivorship Clause”

Bagi pasangan suami isteri, memiliki akaun bersama (Joint Account) dengan terma khas boleh membantu, tetapi ada batasannya:

  • Sesetengah bank membenarkan penama yang masih hidup mengeluarkan baki wang jika terdapat klausa survivorship.
  • Namun, berwaspada perlu diingatkan kerana ada juga institusi bank yang tetap membekukan 50% daripada baki akaun tersebut sekiranya ada bantahan daripada waris Faraid yang lain.

3. Membuat Penamaan Rasmi (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Tabung Haji)

Pastikan anda sudah mengemas kini penama untuk akaun KWSP dan Tabung Haji:

  • Penamaan KWSP/Tabung Haji membolehkan pengeluaran dilakukan dengan lebih cepat berbanding akaun simpanan biasa di bank perdagangan.
  • (Nota: Bagi umat Islam, penama KWSP/Tabung Haji bertindak sebagai Wasik/Pentadbir yang perlu membahagikan wang mengikut hukum Faraid, berbeza dengan Hibah Takaful yang mana penama adalah penerima mutlak).

Apakah Solusi Terbaik: Sediakan Dana “Income Replacement” Hari Ini

Jangan biarkan isteri dan anak-anak anda mengikat perut atau meminjam daripada orang luar apakan lagi perlu meraih simpati di media social, adik-beradik semata-mata untuk membeli barangan dapur dan membayar sewa rumah sewaktu proses pentadbiran harta anda sedang berjalan.

Perancangan Hibah Takaful Pengganti Gaji (Income Replacement) memastikan waris mendapat dana kecemasan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 tahun nilai gaji anda secara minimum untuk mereka meneruskan kehidupan dengan tenang.

Dana inilah yang akan menanggung ansuran bulanan rumah, duit belanja sekolah (Pendidikan), Uitilis rumah (Elekrik, Air,Internet).

Semoga artikel ini memberi sedikt manfaat dan kesedaran kepada Sekalian pencari Rezeki untuk keluarga.

💡 Mahu Semak Berapa Dana Kecemasan Yang Diperlukan Oleh Keluarga Anda?

Dapatkan semakan dan pelan cadangan perancangan Hibah Takaful mengikut bajet bulanan anda secara 100% PERCUMA bersama pakar perancang di Zaya Financial.

👉 Klik Di Sini Untuk Semakan Kelayakan Hibah Takaful Percuma

Belajar Urus Hutang Hingga Bebas Hutang. KLIK SINI!

Similar Posts